Beliau berkata, sebagai penggubal dasar dan pengawal selia komunikasi, terdapat keperluan untuk menjadi inovatif dan berusaha mewujudkan kaedah dan peraturan yang fleksibel, berkesan dan boleh dikuatkuasakan.

"Kita perlu terbuka untuk menguruskan semua kemungkinan dan memastikan persekitaran selamat bagi berjuta-juta masyarakat di ASEAN yang bergantung kepada Internet.

"Kita mesti terus memberi kepimpinan dan selaras dengan isu-isu pengguna, pihak berkepentingan, keterlibatan dan advokasi, kepercayaan dan keselamatan, infrastruktur, piawaian dan data," kata beliau pada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan IT (TELMIN) ke-17 di Siam Reap, Kemboja, hari ini.

Untuk memajukan ekonomi digital ASEAN, Jailani berkata adalah penting untuk mencapai kesetaraan dan kesepakatan dalam dasar dan peraturan. - BERNAMA