Ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-19 yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Korea Utara perlu kembali semula ke meja rundingan bagi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.


Menurut Perdana Menteri, sidang kemuncak yang diadakan semalam itu dihadiri oleh semua pemimpin negara anggota ASEAN dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.


“Para pemimpin ASEAN mengalu-alukan kehadiran Presiden Moon yang buat pertama kalinya menghadiri sidang kemuncak ASEAN-Korea Selatan sejak dilantik menjadi Presiden pada bulan Mei 2017,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE