Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (Kayma), Dr. Zulkeflee Yaacob berkata, tindakan tersebut juga dilihat satu bentuk diskriminasi kuasa besar dunia terhadap negara Islam.

Katanya, semua sedia maklum bahawa pengganas hanya label dan ideologi yang dicetuskan Barat bagi melemahkan semangat jihad dalam agama Islam.

“Baitulmaqdis adalah masjid ke-3 paling mulia yang menjadi simbol perpaduan dan solidariti muslim.

“Agenda Barat menempis amalan umat Islam dilihat tiada penghujung kerana furqan telah menyatakan bahawa musuh muslim tidak diam hingga datang pertolongan daripada Allah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sekali gus mendapat bantahan pelbagai pihak khususnya dari negara-negara Islam.

Trump sebelum ini juga memaklum akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan AS ke bandar tersebut. - UTUSAN ONLINE