Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memutuskan tindakan Indonesia mengehadkan import produk hortikultur dan haiwan dari negara-negara berkenaan adalah menyalahi undang-undang perdagangan dunia.

Indonesia berpendirian bahawa negaranya perlu melindungi pengguna daripada makanan yang tidak mematuhi standard halal Islam namun WTO menegaskan negara itu tidak mengemukakan bukti untuk menyokong tindakan tersebut. - AFP