BBC melaporkan, Trump nenyifatkan perjanjian itu sebagai ‘uzur dan semakin rosak’, selain memalukan beliau sebagai rakyat negara ini.

Trup turut memaklumkan bahawa beliau akan melaksanakan semula sekatan ekonomi terhadap Iran yang sebelum ini dihentikan seketika apabila perjanjian tersebut dimeterai pada 2015.

Sebagai tindak balas, Iran menyatakan negaranya kini membuat persiapan untuk memulakan pembangunan uranium iaitu bahan utama yang diperlukan untuk membina senjata dan tenaga nuklear. - AGENSI