Menurut Jabatan Negara AS, penjualan tersebut memperluaskan kepentingan polisi luar dan keselamatan negara ini dan menyokong keselamatan jangka panjang Arab Saudi dan negara rantau teluk dalam menghadapi ancaman Iran dan negara lain.

Keputusan itu dibuat negara ini sehari selepas Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin dan menandatangani perjanjian awal berhubung pembelian sistem pertahanan udara S-400. - AFP