Dalam reaksi pertama Korea Utara terhadap kenyataan Trump itu, seorang jurucakap Kementerian Luar negara itu berkata, kerajaannya tidak terlibat dengan keganasan.

Beliau menyifatkan label tersebut yang diwujudkan Amerika Syarikat (AS) hanyalah `alat AS yang boleh dipasang atau dibuka pada bila-bila masa mengikut kepentingannya’.

Menurutnya, tindakan AS itu hanya menjadikan Korea Utara bertambah komited untuk mengekalkan senjata nuklearnya. - Reuters