Itu amaran diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), ketika ditemui dalam sidang akhbar di Kedutaan India di sini hari ini.

Pengerusi MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan ahli politik India, Arjun Sampath mengapi-apikan kejadian rusuhan dengan sentimen perkauman dan agama dianggap sebagai ‘menyibuk’.

“Bangsa India di negara ini adalah rakyat Malaysia, jadi jangan cari populariti murahan konon-konon untuk membela rakyat India di sini.

“Henti bermain dengan isu perkauman dan agama di Malaysia. Kenyataan bahawa kuil itu dirobohkan adalah satu penipuan. Kalau tidak percaya boleh datang ke sini,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay dan wakil Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Hussien Abu Baker. - UTUSAN ONLINE.