Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Developement Group Berhad, Datuk Chang Khim Wah berkata, kesemua penyewa mempunyai latar belakang dan fokus industri yang berbeza seperti peruncitan, restoran dan kafe, hotel untuk haiwan peliharaan serta akademi bola sepak.

Katanya, antara penyewa-penyewa tersebut adalah Cocomomo Pets Hotel, Tealive, Gindako, Hinata Cafe, Bamboo Biryani dan Croissant Taiyaki.

“Tidak seperti pembangunan komersial yang lain, siri Labs memberi fokus kepada kawalan campuran penyewa. Pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa akan berada di pembangunan Labs sekali gus memberikan komuniti pengalaman berbeza dengan pusat beli belah tradisional,” katanya dalam majlis memperkenalkan 18 penyewa komersial Eco Ardence di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE