Apa yang menarik, Malaysia merupakan negara pertama di luar benua Eropah yang mempunyai arca seumpama itu selepas Vienna, Austria dan Gevena, Switzerland.

Malah monumen itu merupakan tertinggi setakat ini berbanding kedua-dua arca sebelum ini yang masing-masing mempunyai ketinggian hanya tiga dan enam meter.

Arca rekaan pengukir terkenal Iraq, Ahmed Al Bahrani itu merupakan hadiah Kerajaan Qatar kepada Malaysia bersempena penganjuran Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Anti Rasuah Sheikh Tamin di sini hari ini.

Majlis perasmian arca itu disempurnakan oleh Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.- UTUSAN ONLINE