A. SIVANESAN
A. SIVANESAN 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan berkata, mangsa yang meninggal dunia pada pagi semalam itu dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sejak Rabu lalu.

“Mangsa dimasukkan ke HRPB dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila mengalami sesak nafas, sakit perut, loya dan muntah setelah mengambil minuman alkohol.

“Seorang lagi mangsa yang kritikal masih dirawat manakala lelaki berusia 35 tahun yang dilaporkan stabil sebelum ini telah dibenarkan keluar wad,” katanya ketika ditemui selepas program Memory Walk 2018 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Sebelum ini dua lelaki maut di negeri ini dengan tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas dipercayai keracunan metanol setelah mengambil minuman beralkohol. - UTUSAN ONLINE