Sumber Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan, ekoran situasi di Lebanon, kerajaan meminta rakyatnya yang melawat atau menetap di negara itu meninggalkannya secepat mungkin dan menasihatkan mereka tidak mengunjungi negara berkenaan.

Agensi berita Kuwait (KUNA) pula yang memetik sumber Kementerian Luar turut menyeru `semua rakyatnya meninggalkan Lebanon serta merta’ dan mengelak ke negara itu sebagai langkah keselamatan. - AFP