Ibunya, Umi Umeera Mazlan, 30, telatah anak kesayangan itu sentiasa dirinduinya malah menyebabkan dia trauma seketika memandangkkan arwah tidak menunjukkan sebarang petanda awal untuk pergi buat selama-lamanya.

“Sehari sebelum itu, dia macam biasa ceria dengan adik beradik dia yang lain cuma pagi itu, dia minta susu dan arwah muntah-muntah selepas itu terus saya bawa dia ke Hospital Ampang.

“Jenazah sudah selamat dikebumikan dan saya berterima kasih kepada mereka yang tidak henti-henti mengucapkan takziah dan berharap orang ramai sentiasa mendoakan agar keluarganya tabah menerima dugaan dari Ilahi,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, Umi Umeera dalam satu kenyataan di laman Facebook menyatakan kesedihan mengenai pemergian anak kesayagan itu dengan berkongsi video dan gambar arwah hingga mendapat lebih 1,000 perkongsian bagaimanapun akan memadamkannya selepas 24 jam.

Kisah adik Aqif pernah tular tahun lalu akibat penyakit yang dialaminya malah anak kelima daripada tujuh adik-beradik itu mempunyai kulit sensitif terutama di bahagian badan dan kaki serta tidak boleh terdedah terlalu lama dengan cuaca yang panas.

Sebelum ini, dua anak Umi iaitu kakak dan adik Muhammad Aqif telah pun meninggal dunia akibat menghidap pe­nyakit yang sama.-UTUSAN ONLINE