Sistem itu yang dibangunkan oleh syarikat UAVOS berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa solar untuk kegunaan dan pelbagai fungsi sama ada pertahanan atau komersial .

Ahli Lembaga UAVOS, Vadim Tarasov berkata, APUS boleh berperanan sebagai transmiter mampu terbang lebih 15,000 meter atau lebih dalam satu-satu masa bergantung kepada operasi dan penugasan.

Menurutnya, selain itu, sistem itu juga boleh berperanan untuk mengawal keselamatan kawasan perairan dan sempadan mengikut kesesuaian serta spesifikasi pe­langgan.

“Malah, ia boleh digunakan oleh syarikat telekomunikasi sebagai pemancar. Di samping itu, apa yang unik, APUS masih mempunyai tenaga beberapa peratus walaupun telah digunakan pada waktu malam dan ia terbukti sebelum ini termasuk mampu terbang dalam keadaan angin kuat.

“Maka tidak hairanlah banyak negara di Asia Barat terutamanya memilih sistem APUS untuk kegunaan mereka kerana ketahanannya dan sistem operasi,” katanya ketika ditemui pemberita pada LIMA ‘17 di sini hari ini.