Pemangku Pengarah APM negeri, Left. Kol. Mohd. Izaimi Md. Daud berkata, angka itu bagi memenuhi kekosongan jawatan sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan entiti tersebut di Sabah.

“APM yang berperanan sebagai agensi mengawal selia bencana perlu terus diperkukuh.

“Sehubungan itu, APM negeri memerlukan penambahan keanggotaan seramai 180,000 menjelang hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Pengarah APM Sabah, Kol. Mulliadi al-Hamdi Ladin di padang kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Pada majlis itu Mohd. Izaimi memangku tugas daripada Mulliadi yang bercuti melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mengulas mengenai persiapan menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini, Mohd. Izaimi menambah, pihaknya bersedia berdepan sebarang bencana termasuk banjir.

“APM Sabah giat membaik pulih aset sebagai persediaan menghadapi banjir dan bencana alam lain,” katanya. - UTUSAN ONLINE