Simbolik penyerahan aset daripada kerajaan Pusat itu diserahkan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani kepada APM di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Menurut Azmi, selain aset, sebanyak 1,500 unit Kit Makanan (KM) bencana bernilai RM105,000 turut diserahkan.

“Dengan penyerahan semua aset itu, kerajaan negeri yakin ia dapat memperkasa jentera pengurusan bencana di daerah bagi membantu sebarang operasi sekiranya berlaku bencana termasuk banjir,” katanya.

Beliau berkata, simbolik penyerahan itu juga menunjukkan Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Daerah dalam fasa bersiap siaga menghadapi banjir terutama pada musim Monsun Timur Laut dari November tahun ini hingga Mac tahun depan.

Tambahnya, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, Johor dijangka mengalami satu hingga dua luruan monsun yang boleh mengakibatkan banjir. - UTUSAN ONLINE