Empat guru pengawas itu berkumpul di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum ke sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Berang untuk mengendalikan peperiksaan.


Namun setelah mendapati perhubungan terputus, PPD memohon khidmat pengangkutan APM  yang kemudiannya turut mengambil dua calon SPM dari sekolah yang sama dengan trak agensi itu setelah terkandas di rumah masing-masing di Kampung Payang Kayu dan Kampung Tok Lawit.


Mohamad Hafiz Kassim dan Muhammad Hairi Izwan merupakan antara 12 calon yang mengambil kertas terakhir SPM dalam subjek MPV Menservis Motosikal hari ini.


Turut bersama dalam operasi pagi ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail dan Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Lt (PA )Sansuri Yaakob.- UTUSAN ONLINE