Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin  berkata, aplikasi yang mula diperkenalkan pada November lalu dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Tesco Malaysia.

"Aplikasi tersebut dijangka dilancarkan pada hujung bulan ini atau bulan depan selepas saya berpuas hati melihat kelemahan-kelemahannya telah diperbaiki," katanya.

Beliau berkata demikian  selepas melancarkan Kempen Magic of Ong 2018 anjuran Tesco Malaysia sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Kepong Village Mall di Kepong dekat di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Richie.

Hamzah berkata,  kementerian juga sedang mengumpul maklumat mengenai bekalan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Tahun lepas, harga limau mandarin meningkat disebabkan bekalan yang diimport dari China tidak mencukupi. Ketika ini kementerian masih mengumpul maklumat dari pengimport mengenai bekalannya.

"Saya akan mengadakan sidang media khas mengenainya pada awal bulan depan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE