Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng berkata, aplikasi telefon yang seakan-akan aplikasi permainan Pokemon Go ini adalah pertama kali diperkenalkan sejak MATTA Fair dianjurkan.

Pengunjung perlu memuat turun permainan tersebut ke telefon pintar mereka. Walau bagaimanapun permainan realiti digital ini hanya boleh digunakan di dalam dewan pameran MATTA Fair sahaja," katanya pada sidang akhbar di Wisma MATTA di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Pengurusan Top Media Resources Sdn. Bhd., Amelia Au; Ketua syarikat perniagaan perkhidmatan wang, Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade), R. Sarveswaran dan ahli jawatankuasa pengawasan MATTA Fair, Jeremiah Lim. 

MATTA Fair kali ini bakal berlangsung selama tiga hari bermula 16 Mac bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.- UTUSAN ONLINE