Terdahulu pada majlis sama lebih 500 masyarakat setempat dan pelajar Sekolah Sains Tahfiz Alor Setar hadir menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. E’krimah Sa’eed Sabri.

Bekas Mufti Palestin itu hadir ke negeri ini bagi memenuhi pelancaran aplikasi mudah alih itu dalam program yang bermula pada pukul 5 petang tadi.

Aplikasi mudah alih MyAqsa merupakan pertama seumpamannya yang dibangunkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia berkenaan Al-Aqsa dan Baitulmuqqadis.

Ciri-ciri aplikasi ini adalah maklumat berkenaan Masjid Al -Aqsa dan aktiviti terkini MyAqsa terus ke peranti mudah alih termasuk bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan menerusi aplikasi itu.

Dalam pada itu, antara pengisian program tersebut adalah sesi perkongsian pengalaman berdarah Marvi Marmara yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa, Dr. Noorazman Mohd. Samsudin.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Yayasan Murni Akidah, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Sheikh E’krimah Sa’eed memulakan lawatan Israk Mikraj selama seminggu dengan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyampaikan surat penghargaan Masjid Al-Aqsa.

Penghargaan itu diberikan diatas jasa serta sokongan berterusan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Masjid Al-Aqsa dan Palestin selama ini. - UTUSAN ONLINE