ROHANI ABDUL KARIM

“Perkhidmatan ini bermatlamat untuk menghubungkan keluarga dengan penjaga profesional atau bertauliah dengan menawarkan perkhidmatan sokongan yang boleh dipercayai serta fleksibel dalam pengasuhan kanak-kanak.

“Menerusi perkhidmatan ini, kita mahukan lebih banyak wanita mengambil peluang ini dengan berkhidmat sebagai penjaga profesional atau lebih dikenali sebagai pengasuh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 di Universiti Limkokwing di sini hari ini.

Menurut Rohani, orang ramai yang berminat boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Play manakala, untuk pengguna App Store boleh memuat turun pada hujung bulan ini.

Beliau berkata, penjaga atau pengasuh yang berminat boleh mendaftar di www.kiddocare.my untuk menjalani program pentauliahan Kiddocare.

Katanya, wanita yang mendaftar sebagai penjaga diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan latar belakang dan kesihatan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak yang dijaga sentiasa diutamakan.-UTUSAN ONLINE