Setiap kali musim banjir, anak kelahiran Kampung Lancang itu ligat mengemudikan bot membantu keluarga atau penduduk kampung untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Jasma Asmida berkata, dia mula terdedah dengan kemahiran mengemudikan bot seawal usia 8 tahun bermula mengayuh perahu.

Menurutnya, sebaik sahaja berumur 11 tahun dia mula didedahkan secara serius dengan kemahiran mengemudi bot.

"Alhamdulillah, kemahiran itu terus subur sehingga hari ini dan dia mampu mengemudi bot sejauh 20 kilometer.

"Boleh dikatakan hampir keseluruhan penduduk kampung ini khususnya golongan wanita mampu mengendalikan bot atau mengayuh perahu," katanya.

Jasma Asmida memberitahu, untuk menjadi jurumudi bot, seorang itu perlu tenang dan bijak membaca arus aliran air. - UTUSAN ONLINE