Ini kerana ramai dalam kalangan usahawan yang memohon skim tersebut mengeluh apabila mereka sehingga kini masih belum mendapat sebarang dana biarpun pinjaman telah diluluskan.

SITI ROHANI
SITI ROHANI

Salah seorang usahawan, Siti Rohani Ambok Sulong berkata, masalah kesukaran mendapatkan pinjaman itu mula dikesan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, sedangkan sebelum itu ia tiada sebarang masalah.

"Sekarang ini bermacam spekulasi tersebar mengenai kesukaran kami untuk mendapatkan pinjaman dari Hijrah Selangor, walhal program ini yang dimulakan sejak 2014 amat baik dalam membantu usahawan kecil seperti saya.

"Jadi kami mohon campur tangan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri untuk menjelaskan perkara sebenar bagi memudahkan kami para peminjam," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Hijrah Selangor diperkenalkan semasa pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit sedia ada Selangor seperti SKIMSEL, MIMBAR dan WALA. - UTUSAN ONLINE