Anwar menerusi akaun Twitter miliknya memberitahu, pertemuan selama satu jam itu antara lain menyentuh mengenai usaha meningkatkan kerjasama di antara kedua buah negara iaitu Malaysia dan Brunei.

“Menyatakan keperluan memahami perkembangan terkini kedua-dua negara serta usaha dan upaya meningkatkan mutu pendidikan juga turut diketengah dan dibincangkan,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.- UTUSAN ONLINE