Menurut Anwar, kepemimpinan PKR berpegang teguh kepada pendirian parti untuk menolak politik jijik tersebut dan memberi sokongan penuh kepada Mohamed Azmin dalam isu berkenaan.

“Kita berharap Mohamed Azmin dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Setakat ini kita tidak tahu siapa yang terlibat dalam menyebarkan fitnah tersebut.

“Kepemimpinan parti juga memberi sokongan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan dan berharap perkara ini disiasat dengan adil serta teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu pejabat PKR dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, Anwar turut memaklumkan laporan polis berhubung isu video yang tular itu telah dibuat dan pihak polis sedang melakukan siasatan. - UTUSAN ONLINE