Kesemua telefilem berkenaan telah ditayangkan menerusi TV1 sejak 28 Oktober sehingga 28 Disember tahun lalu.

Edisi kedua penganjurannya turut menyaksikan pengarah, Bade Azmi kembali dengan telefilem berjudul Mahabbah Rindu.

Pada tahun lalu, beliau berjaya membolot empat anugerah iaitu Pengarah Terbaik, Telefilem Terbaik, Skrip Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui telefilem Miang Buluh Keladi Birah.

Selain Mahabah Rindu, 12 lagi telefilem yang bakal berentap ialah Menunggu Hujan Teduh (Izma Aizal Yusoof), Seteguh Kasih Ibunda (Osman Ali ), Cinta Ke-2 (Jamal Khan), Nak Kawin Lagi (Marjan Hananie), Mengapa Ku Diseksa (Zul Huzaimy), Kasih Antara Kita (Ismail Yaacob) dan Jeritan Batinku (Michael Ang).

Turut bertanding ialah Apa Guna Berjanji (Datin Paduka Shuhaimi Baba), Kalau Itu Takdirnya (Amie Maziah) dan Engkau Laksana Bulan (Eirma Fatima).

Tidak ketinggalan ialah dua drama terbitan Unit Drama TV RTM iaitu Apabila Kau Tersenyum (Kamaruddin Ambak) dan Demi Waktu Mahani (Fahmi Sarindi).

Anugerah Tribute P. Ramlee merupakan anjuran bersama RTM, Utusan Malaysia dan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., bakal ditayangkan secara langsung di RTM1 pada pukul 9.05 malam esok.

Gandingan pengacara Awal Ashaari dan Yasmin Hani akan mengemudi majlis anugerah berkenaan yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.