Bagi terus menyuburkan komitmen warga kerja yang kekal bersama UMT dalam tempoh lebih sedekad, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kembali meraikan kaitangannya dalam majlis tahunan, Anugerah Setia Bakti UMT.

Anugerah itu bagi mengiktiraf jasa dan khidmat 151 warganya disampaikan oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar bersempena Perhimpunan Bulanan Warga UMT baru-baru ini.

UMT dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, seramai 10 orang warganya yang bakal bersara dalam telah bersara pada tahun ini yang terdiri daripada penyandang pelbagai gred dan skim perjawatan turut diraikan agar mereka meninggalkan institusi itu dengan membawa bersama kenangan yang manis.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan dua tabung sumbangan iaitu Tabung Fastabiqul Khairat bersempena bulan Ramadan dan Tabung Wakaf llmu UMT bagi memberi ruang kepada warganya menderma.

Tabung Fastabiqul Khairat yang mula diwujudkan pada tahun 2013 telah mencatatkan peningkatan jumlah sumbangan setiap tahun dengan RM79,374 terkumpul pada 2017, RM77,575 (2016) dan RM55,532 (2015).

Sumbangan itu antara lain dibelanjakan bagi program iftar di Masjid UMT di samping pengagihan barangan keperluan harian terutama kepada penduduk di beberapa perkampungan sekitar kampus. - UTUSAN ONLINE