Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Antologi penyair Malaysia-Indonesia dilancarkan

Antologi 2

JAKARTA 7 Sept. - Dalam usaha untuk menyatupadukan lagi masyarakat serumpun dari dua negara, sebuah antologi berjudul Segugus Percakapan Cinta di Bawah Matahari hasil gabungan dua orang penyair dari Malaysia dan Indonesia dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2017, malam tadi.

Buku yang menghimpunkan karya Dr. Shamsudin Othman dari Malaysia dan D. Zawawi Imron dari Indonesia ini diterbitkan secara bersama oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Yayasan Pustaka Obor Indonesia (YPOI).

Pengarah Urusan ITBM, Mohd. Khair Ngadiron berkata, pelancaran buku tersebut adalah sebagai tanda persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia.

"Sememangnya terdapat perbezaan usia dan latar belakang antara dua penyair tersebut namun ini bagi mewujudkan interaksi pengalaman antara dua negara dan salah satu cara untuk kita mengeratkan hubungan satu sama lain.

"Ini kerana apabila terdapat sesuatu isu berlaku antara dua negara ini, Malaysia sering dipersalahkan jadi buku ini dijadikan benteng supaya orang Indonesia tidak mudah terpedaya dengan tohmahan-tohmahan terhadap Malaysia, ini satu usaha jangka panjang untuk merapatkan hubungan kerana kita sebenarnya mempunyai banyak persamaan berbanding perbezaan," katanya di sini sejurus majlis pelancaran.

Karya sajak yang dimuatkan dalam buku ini datangnya daripada kata-kata yang terpilih, dengan Dr. Shamsudin Othman menyumbang sebanyak 51 nukilan bertemakan "rimba kata dalam madrasah diri" dan "taman percakapan", manakala D. Zawawi Imron pula menyumbangkan sebanyak 50 nukilan dibahagikan kepada "Celurit Emas 1" dan "Celurit Emas 2".

Buku tersebut dijual pada harga RM25.00 senaskhah dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.itbm.com.my atau menerusi whatsapp di nombor 019-2219015, atau melalui Yayasan Pustaka Obor Indonesia. -

UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain