Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Antologi 18 penyair dari Malaysia dan Indonesia dilancarkan

Antologi
Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, Wan Khalid Wan Mohd. Kamal (tujuh dari kanan) dan Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Budiman Mohd. Zohdi (lima dari kiri) bersama 18 orang penyair hadir melancarkan antologi berjudul Ketika Hitam Dikatakan Putih dan Sajak Tetap Bersuara: Sajak-sajak Malaysia-Indonesia. - GAMBAR IHSAN ITBM

JAKARTA 8 Sept.- Seramai 18 orang penyair dari Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga menghasilkan sebuah antologi berjudul Ketika Hitam Dikatakan Putih dan Sajak Tetap Bersuara: Sajak-sajak Malaysia-Indonesia yang dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2017, malam tadi.

Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, Wan Khalid Wan Mohd. Kamal berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang cukup istimewa dan ini dapat dibuktikan melalui pelbagai peringkat termasuk seni kesusasteraan.

"Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan dalam pelbagai peringkat dari kerajaan hingga ke rakyat dan pertukaran antara penggiat seni dalam pelbagai generasi ini harus dipereratkan lagi kerana kita adalah bersaudara dan serumpun, dalam masa-masa akan datang kita tetap bersama.

"Walaupun berlaku banyak kesilapan sebelum ini, rakyat dapat menerima dengan baik dan lihatlah kini keadaan sudah pun pulih, inilah keistimewaan hubungan masyarakat Malaysia dan Indonesia," katanya selepas merasmikan pelancaran buku di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Budiman Mohd. Zohdi.

Antologi yang diselenggarakan oleh Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah menghimpunkan sebanyak 144 sajak daripada 18 penulis dari dua negara itu terdiri daripada 9 orang penyair Malaysia iaitu Siti Zainon Ismail, A. Rahim Abdulah, Zakaria Ali, Raja Ahmad Aminullah, Abdullah Jones, Fazleena Hishamuddin, Nissa' Yusof, Benz Ali dan Mahaya Mohd Yassin dari Malaysia, manakala Acep Zamzam Noor, Ahmadun Yosi Herfanda, D. Zawawi Imron, Ratna Ayu Budhiar, Rukmi Wisnu Wardani, Soni Farid Maulana, D. Kemalawati, Bode Riswandi dan Soyan Daud mewakili penyair dari Indonesia.

Buku ini dijual pada harga RM30.00 senaskhah dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.itbm.com.my atau Whatsapp di talian 019-2219015 atau melalui Yayasan Pustaka Obor Indonesia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain