JEREMY M.JOSEPH
JEREMY M.JOSEPH

Melihat kepada bentuk reka cip­­ta kapal itu sahaja sudah menerbitkan rasa teruja kepada sesiapa yang melihatnya dan itulah dirasai kumpulan wartawan yang membuat liputan kehadiran The Equanimity di Terminal Boustead Cruise Center.

Ibarat bandar kecil terapung, ka­­pal berharga RM1 bilion itu me­­miliki semua jenis kemudahan bertaraf kelas pertama selain lengkap dengan segala fasiliti terbaik yang berupaya menerbitkan ketenangan sebagaimana maksud namanya.

Bagaimanapun, di sebalik semua penampilan hebat tersebut, The Equanimity menelan kos ope­rasi sehingga RM3 juta sebulan untuk memastikan ia kekal berupaya memberikan ke­tenangan kepada pemilik serta para tetamunya.

 

Sehubungan itu, serentak de­ngan rampasan kapal tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia dan sehingga ia dijual kepada pemilik baharu, kos penyelanggaran RM3 juta sebulan perlu ditangung pihak kerajaan.

Sementara itu, peguam Je­remy M. Jo­seph yang mewakili 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Kerajaan Malaysia berkata, beliau dan kumpulannya perlu memakai stokin khas ketika memeriksa kapal itu bagi mengelakkan kerosakan.

“Hiasan dalaman kapal itu kelihatan menarik berikutan terdiri kombinasi jubin dan kayu berkualiti tinggi di setiap tingkat bahagian bilik mandi dan dapur,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di atas kapal tersebut hari ini.