Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Kafa Datuk Ismail Md. Noor selepas tarikh tutup pencalonan berakhir pukul 5 petang semalam.

Ismail berkata, pada pemilihan kali ini Annuar akan ditentang empat calon lain sekaligus menyaksikan pertandingan lima penjuru.

“Empat lagi calon lain iaitu dua Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail; Pengerusi Chengal Jati Sdn. Bhd. Datuk Ir. Shaari Hassan dan Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu Bibi Ramjani Ilias Khan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail memberitahu, bagi jawatan timbalan presiden, seramai empat orang telah dicalonkan.

 

“Manakala kuota tiga naib presiden bakal menyaksikan saingan sengit apabila 13 individu terdiri dalam kalangan tokoh korporat, ahli politik dan pegawai tadbir bakal merebut kerusi tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE