MUHAMMAD FAIZZUDDIN
MUHAMMAD FAIZZUDDIN

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Faizzuddin Mohd. Zai berkata, bantahan yang akan melibatkan mahasiswa itu akan diadakan dalam tempoh tujuh hari selepas hari ini, sekiranya Maszlee enggan berbuat demikian.

“Ini adalah amaran dan janji kami, percayalah apabila kami berjanji kami akan tunaikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Muhammad Faizzuddin berkata, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam perlu bermuhasabah, bertaubat dan memikirkan soal perjuangan dengan menyerahkan kembali universiti awam kepada ahli akademik sepenuhnya.

Tegas beliau, ia juga selaras dengan janji Maszlee dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu ingin mengangkat autonomi universiti awam daripada sebarang pengaruh politik. – UTUSAN ONLINE