Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, menerusi program tersebut MyAngkasa Emas Medicare menyediakan perkhidmatan perubatan kepada ahli koperasi, kakitangan serta ahli keluarga mereka.

“Skim Eksklusif Manfaat Medikal Hayat Anggota Koperasi (Emas) ini berkonsep takaful dan terbuka kepada semua ahli koperasi dengan menawarkan beberapa pakej.

“Anggaran kos tahunan setiap ahli hanya RM2,000 dan mereka ditawarkan empat manfaat termasuk hayat, kemalangan, kemasukan ke hospital serta manfaat rawatan pesakit luar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sele­pas Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MyAngka­sa Emas Medicare dengan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad di sini.

Hadir sama, Pengerusi Ko­perasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Datuk Sabari Misran serta Pengarah Urusan MyAngkasa Emas Medicare Sdn. Bhd., R.Magindra.

Jelas Abdul Fattah, skim ini istimewa kerana terbuka kepada semua ahli koperasi sehingga usia mereka mencecah 70 tahun berbanding produk sedia ada di pasaran.