ABDUL FATTAH ABDULLAH
ABDUL FATTAH ABDULLAH

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya bersedia membantu dari segi kepakaran dan memberi khidmat nasihat kepada pihak berkenaan berikutan kerjasama itu akan turut memberi manfaat dalam bidang perdagangan selain dilihat akan merancakkan industri pelancongan negara.

"Gerakan koperasi negara berkenaan masih baru dan mereka meminta kepakaran kita kerana yakin dengan kebolehan serta kemajuan Angkasa dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

"Oleh itu, dengan kerjasama yang terjalin, kita juga dapat mempromosikan produk makanan tempatan di sana," katanya dalam sidang akhbar selepas sesi kunjungan hormat dan perbincangan dengan Menteri Perniagaan, Perusahaan dan Koperasi Mauritius, Soomilduth Bholah di Sunway Resort dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Bholah turut menyatakan keyakinan untuk bekerjasama dengan Angkasa susulan kebolehan agensi berkenaan dalam pelaksanaan koperasi selain menjana pendapatan negara. - UTUSAN ONLINE.