Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa juga akan membantu mana-mana ahli koperasi yang memiliki tanah namun tidak mempunyai modal untuk membina kediaman mereka.


“Kediaman mampu milik itu sudah sedia untuk dijual dan dibuka kepada golongan belia. Namun fokus kita adalah kepada ahli koperasi.


“Kita sedia maklum ada ahli Angkasa yang tidak lengkap syarat dan terma bagi mendapatkan pinjaman bank. Sebab itu kita sedang membincangkan kaedah pembayaran terbaik bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Forum dan Dialog “Perunding Hartanah Mesra Koperasi”, di sini hari ini.


Dalam pada itu, Abdul Fatah juga melancarkan buku Koleksi Kertas Kerja Seminar/Konvensyen 2015-2017 dan Direktori Koperasi Hartanah Tahun 2018.-UTUSAN ONLINE