Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini, sebanyak lima daripada keseluruhan 2,376 koperasi sekolah di seluruh negara telah mencapai perolehan berkenaan.

"Untuk mencapai sasaran itu, sebanyak 45 koperasi sekolah lagi yang perlu mencapai perolehan lebih satu juta.

Kita yakin dapat mencapai sasaran itu kerana sudah 30 buah koperasi sekolah telah mencapai perolehan RM800,000 setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghargaan Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Ang­kasa negeri, Datuk Che Mohd. Syukree Che Isa dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Amran Abd. Kadir.

Penghargaan berkenaan menjadikan Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan Berhad sebagai koperasi sekolah yang pertama di negeri ini mendapat perolehan melebihi RM1 juta. - UTUSAN ONLINE