Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah itu diambil berikutan terdapat kekurangan bahan bacaan berhubung tadbir urus koperasi dan langkah memantapkan pengurusan badan berkenaan.

“Pada masa ini, kita terbitkan lapan buah buku dan ia sebagai permulaan bagi Angkasa. Kita menyasarkan untuk menghasilkan sebuah buku sebulan dan perkara ini sudah dibincangkan dengan badan pengurusan Angkasa.

“Sasaran untuk menerbitkan sebuah buku sebulan juga tidak sukar kerana Angkasa mempunyai 20 kaki tangan lepasan Sarjana dan enam lagi akan graduasi dalam tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Diskusi Ilmu di sini hari ini.

Tambah Abdul Fattah, buku tersebut juga akan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris supaya dapat dijadikan rujukan oleh badan koperasi antarabangsa. - UTUSAN ONLINE