Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ini kerana ia penting dalam menjana pembangunan perniagaan koperasi di negara ini.

“Pertama, kita memohon tambahan dana sebanyak RM500 juta sebagai modal pusingan di bawah Tabung Modal Pusingan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Kedua, pengurangan cukai koporat koperasi daripada 24 peratus kepada 21 peratus; ketiga, kita minta agar had cukai jualan dinaikkan daripada RM750,000 kepada RM1.5 juta serta perbelanjaan mesyuarat agung koperasi tahunan boleh diambil kira dalam pengiraan penolakan cukai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Angkasa dengan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam membantu koperasi sekolah memasarkan produk minuman probiotik Yakult dengan harga kompetitif.

Dalam majlis sama, Angkasa turut memeterai MoU dengan Koperasi Guru Besar Selangor Berhad bagi memasarkan produk dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) atau dikenali sebagai Kit STEM.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada dan Pengerusi Koperasi Guru Besar Selangor Berhad, Abdul Aziz Md. Ali. - UTUSAN ONLINE