Kanak-kanak tersebut ialah Adriella Angel Stenley, 2, dan Muhammad Iffat Iskandar Mohd. Babuddin yang berusia 11 bulan.

Gambar kanak-kanak berkenaan iaitu Adriella Angel yang luka di muka akibat digigit semut itu turut tular dalam laman media sosial.

Ibu Muhammad Iffat Iskandar, Nurul Hazirah Zainol berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah malam Sabtu lalu di perumahan itu.

"Sebelum anak saya digigit, semut ini memang ada terbang masuk ke dalam rumah iaitu tujuh ekor antara pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam dan suami saya membunuhnya.

"Kemungkinan serangga ini terbang dari kawasan hutan di belakang perumahan kami ini," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Nurul Hazirah berkata, gambar yang tular dalam laman media sosial itu bukan gambar Muhammad Iffat Iskandar sebaliknya gambar Adriella Angel yang merupakan anak jirannya.

"Anak saya hanya mengalami gatal di bahagian muka dan badan berbanding Adriella Angel seperti gambar yang tular itu," katanya. - UTUSAN ONLINE