Proses perpindahan yang dilakukan dalam keadaan kelam kabut dan mencemaskan juga menyebabkan ramai mangsa masih hilang.

Sebanyak lapan kematian baharu dilaporkan sekali gus menjadikan insiden kebakaran hutan membabitkan paling ramai korban dalam sejarah California.

Pada 1933, kejadian sama menyaksikan 29 mangsa maut akibat kebakaran di Taman Griffith, Los Angeles.

Pasukan Bomba California mengesahkan lebih 73,000 ekar tanah menempatkan bangunan komersial dan rumah penduduk musnah akibat bencana tersebut.

Cuaca kering serta angin kencang dilaporkan menyebabkan api marak dan merebak dengan pantas. - REUTERS