Kira-kira 100 penduduk hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah yang mendapat jolokan ‘suka senyum’ dalam kalangan penduduk setempat.

Arwah Umar selamat dikebumikan tepat pukul 7:55 malam di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, hari ini.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan selepas solat Maghrib oleh ayahnya, Helmi Khalil di Masjid Taman Kosas dekat sini.

Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung semalam telah mengorbankan 23 nyawa melibatkan 21 pelajar dan dua warden. - UTUSAN ONLINE