Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Left. Kol. (PA) Che Adam Abd. Rahman berkata, keadaan itu merupakan kesan biasa memandangkan Terengganu masih lagi dalam suasana musim monsun Timur Laut.

"Dalam sehari dua ini terutama pada waktu malam angin bertiup kencang di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.

"Kesan angin yang sesekali bertiup kencang menyebabkan berlakunya kes pokok tumbang dan setakat minggu lepas, kita menerima antara 11 ke 13 kes pokok tumbang di seluruh negeri tidak termasuk yang direkodkan bomba, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta komuniti," katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adam, tinjauan pihaknya di beberapa kawasan hari ini mendapati sebahagian komuniti setempat telah mengambil langkah awal dengan mencantas pokok berusia bagi mengurangkan risiko tumbang.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat sentiasa peka dan cakna berkaitan kes pokok tumbang yang boleh menyebabkan tragedi berat sama ada terhadap kenderaan, premis atau melibatkan nyawa. - UTUSAN ONLINE