Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah pemberian kuasa pengendalian aset dan fasiliti itu sejajar dengan usaha kementerian dalam menggalakkan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dilaksanakan di setiap peringkat.



“Biar pengguna akhir (pegawai dan anggota) yang tentukan hala tuju keperluan IPP termasuk aset dan fasiliti kerana mereka yang banyak menggunakannya dalam pelbagai operasi TUDM,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang, dekat sini hari ini.



Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja di IPP dan tinjauan kesiapsiagaan pesawat TUDM. - UTUSAN ONLINE