Koperal Suraya Ani Liman, 40, yang bakal menimang cahaya mata keenam itu berkata, ini merupakan pengalaman pertama beliau mengundi ketika sedang mengandung sejak bertugas di sini 14 tahun lepas.

Sementara itu, seorang anggota polis teruja kerana pertama kali menjadi pengundi awal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

“Sebagai orang Sandakan, kami mengharapkan hanya yang terbaik untuk pembangunan di Sandakan,” kata Erry Elyeysius Pius, 35, yang bertugas di IPD itu sejak tujuh tahun lalu.

Seramai 78 anggota polis di IPD Sandakan yang berdaftar layak mengundi awal dalam PRK ini. - BERNAMA