Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika Lans Koperal Muhammad Redzuan Abdullah, 29, yang bekerja di Balai Polis Senai dalam perjalanan pulang ke balai selepas menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar Senai.

“Siasatan mendapati anggota terbabit yang berada di lorong kiri hendak membelok masuk ke balai berkenaan sebelum dipercayai bergesel dengan bahagian belakang kiri sebuah treler Hino yang berada di lorong sama menghala ke Kulai.

“Mangsa kemudiannya terjatuh di bawah treler itu lalu digilis,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE