Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu bagi memastikan rakyat dapat benar-benar memahami dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi semasa.

Menurutnya, antara penakanan utama kerajaan adalah supaya rakyat dapat berbelanja dengan berhemat iaitu mengikut kemampuan sebagai salah satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.

“Paling utama adalah konsep ‘ukur baju di badan sendiri’ iaitu setiap rakyat mengawal perbelanjaan mereka.

“Di peringkat kerajaan, kita sentiasa memastikan harga barangan sentiasa terkawal selain membantu meningkatkan pendapatan rakyat termasuk de­ngan pemberian Bantuan Rak­yat 1Malaysia (BRIM),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Multaqa Tahunan Gabungan Ahli Sunah Malaysia (Gasma) Kali Kedua di Gelugor, di sini hari ini yang turut dihadiri Mufti di Masjid al-Haram, Mekah, Sheikh Dr. Sulaiman Al-Salumi.

Menyentuh mengenai Gasma, beliau memberitahu, gabungan itu bukan bertujuan untuk menghukum mana-mana pihak sebaliknya bermatlamat menyebar luas usaha dakwah yang dipimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Meskipun terdapat pihak luar yang cuba memberi gambaran buruk mengenai gabungan itu, namun katanya, Gasma tetap teguh dengan usaha dakwah berlandaskan al-Quran dan dan hadis.

“Soal tindakan terhadap perkara-perkara yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu terletak pada kerajaan, Gasma tidak akan sesekali bertindak kerana platform ini tujuannya adalah untuk mendidik,” katanya.