Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Petter Dutto menerusi satu kenyataan dikeluarkan kepada Reuters mengesahkan lelaki terbabit, Neil Prakash telah dilucutkan kerakyatannya.

Prakash kini berada di Turki untuk dibicarakan berhubung aktiviti berkaitan keganasan sejak ditahan pada Oktober 2016.

Dia turut menjadi orang buruan di negara ini selepas terbabit dalam aktiviti sama termasuklah dakwaan plot untuk memenggal kepada pegawai polis Melbourne.

Prakash, yang ibunya merupakan rakyat Kemboja dan bapanya berbangsa India dari Fiji, memegang kerakyatan Australia serta Fiji. - REUTERS