ESPEK sebagai ejen pengurusan ladang kelapa sawit, getah dan kilang RISDA mencatat keuntungan selepas cukai berterusan bagi lima tahun berturut-turut sejak 2009 hingga 2013, daripada RM1.59 juta kepada RM4.11 juta dengan jumlah terkumpul sebanyak RM 21.78 juta.

Namun, keuntungan ladang pada 2011 berjumlah RM146.22 juta, menurun kepada RM111.45 juta pada 2012 dan susut 53 peratus kepada RM52.33 juta disebabkan kejatuhan harga jualan buah tandan segar selain kos operasi meningkat.

Sehubungan itu, Jabatan Audit mengesyorkan ESPEK mengurangkan kos operasi selain memberi keutamaan terhadap penanaman semula di ladang yang usia pokok­nya melebihi 25 tahun.

ELSB pula yang menternak lembu secara integrasi dan fidlot juga untung lima tahun berturut-turut, namun pengurusan aktiviti kurang memuaskan antaranya hasil jualan lembu merosot, kadar kelahiran lembu yang tidak mencapai sasaran dan penternakan kambing Boer kerugian bagi 2011 hingga 2013.

Laporan Audit turut menge­syorkan EPSB meningkatkan pendapatan dengan menyertai kontrak selain daripada syarikat induk, melakukan sendiri kerja yang diperoleh, di samping membuat pelaburan dalam jentera perlada­ngan.