Kanak-kanak tersebut, Alum Langone Avalos, 7, berjaya dikesan hasil maklumat yang diberikan oleh orang ramai selepas hebahan berkenaan kehilangannya disiarkan oleh media sejak dua minggu lalu.

Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas dalam satu kenyataan di sini hari ini turut mengesahkan penahanan bekas teman lelaki Elizabeth, Jorge Gabriel Langone, 41 yang bertanggungjawab melarikan kanak-kanak tersebut oleh pihak berkuasa Indonesia, semalam.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia, pihak media serta orang ramai yang membantu menyelesaikan kes ini,” katanya.

Elizabeth kini sedang berada di Indonesia dan urusan penghantaran pulang beliau bersama anaknya ke Buenos Aires akan diselesaikan secepat mungkin. - UTUSAN ONLINE