Nurul Afiqah, 22, dan pasangannya yang berusia 27 tahun sah bergelar suami isteri tepat pukul 8.55 malam.

Mohd. Syafiq menghadiahkan mas kahwin bernilai satu dinar emas dan wang hantaran sebanyak RM38,000 selepas dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Hassanal Bolkiah Abd. Wahab di hadapan Penolong Daftar Nikah Masjid As-Syakirin KLCC, Ustaz Mohd. Radhi Abdul Ghani.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki turut menghantar tujuh dulang hantaran dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Majlis pernikahan yang berlangsung meriah dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Datuk Maliami Hamad dan Datin Sharifah Noor Syed Hassan serta anggota keluarga pengantin kedua-dua pihak.

Sementara itu, majlis resepsi keluarga pengantin perempuan akan diadakan pada 17 Julai ini di hotel yang sama manakala majlis sambut menantu akan dilangsungkan pada 23 Julai di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara. - UTUSAN ONLINE